semenjak dua menjak ni i asik tak sihat ajer. last week i memang demam lah. memang lembik ajer dengan batuk dan selsemanya..pergh memang mencabar juga lah. mana tak mencabar, nak mengelak kan dari budak kecit tu menjangkit nak batuk pon kene lari dari dia.
tapi biasalah, bak kata doktor, kalau mak tu dah kene, anak pon pasti menjangkit punyalah. memang betul pon. tak lama esok terus zikri pon demam panas. huhu.. nasib baik tak teruk sangat demam dia. cepat2 bagi makan ubat demam dan selsema dan batuk sekali. so far so good. dia pon kebah.
yang i geram tu, i ni ha...tak settle2 lagi batuk kong2 ngan sakit tekak ni. dah minum banyak air pon tak jalan jugak. letih minum banyak air nih. asik keluar masuk toilet ajer. hehe..
sampai ke hari ni batuk dan sakit tekak tak baik2. dia macam on off tau. kejap macam ok dah...lepas tu esoknya bangun tidur je teruk balik. adakah i tak perlu tidur? gile! weng2 la i nanti...haha
so sekarang ni, dah banyak ubat batuk, panadol, ubat sakit tekak yang hisap2 tu masuk dalam badan i nih. bila lah nak baik nih. ya allah, segeralah kau sembuhkan penyakit batuk dan sakit tekak ku ini. dah tak sanggup rasanya nak batuk2 lagi. takut orang2 sekeliling annoying pulak. huhuhu...
mana tak annoying selang beberapa minit i akan batuk dan bersin. haish! hopefully orang2 kat ofis ni ok ok..tak ada annoying atau tak selesa. huhu...
tips : kalau anda mengalami batuk2 dan selsema, sila pastikan waktu anda batuk dan bersin tu anda tutup mulut anda dengan kain atau tisu. ini untuk mengelakkan dari orang lain menjangkit sama. tak pon senang2 pakai mask gitu. hihihi...( i tak pakai pon mask, sebab i slalu pakai tisu tp kalau tak sempat pakai tisu i tarik tudung i atau baju aje. hahaha :p) dan jangan lupa lepas tu basuh tangan anda dengan sabun k.
Love,
Jaja
No comments:
Post a Comment