About Me

My Photo
Seorang yg baik hati,suka kaler merah,suka kanak2,kadang2 emosi telebih tp leh control lagi la,tak suka sayur hijau,suka makan oren,suka la ape2 yg bole disuka..kata orang idup hanye sekali..so,kite enjoy!! Eh! sama mcm puteri lak..hihi..

Wednesday, April 20, 2011

Resepi Nasi Goreng Udang Mak Kite!

Hi korang!

lama kan korang tak dengar cerita dari i. hehehe... ye memang lately i macam malas nak update blog. hehehe...jangan la marah ok. sekarang ni i tengah nak kumpul balik tahap kerajinan meng'update' blog ler ni.

hari ni i nak kongsi dengan korang2 semua resepi nasi goreng ku. ni resepi turun temurun dari mama ku. simple giler lah. yang tak pandai masak pon bole buat. kekekeke.

here we go!

Resepi Nasi Goreng Udang Mak Kite

Bahan2nya:

1 pot nasi (ikut suka koranglah nak banyak mana..ni kalau untuk 1-2 orang makan aje)
1 ulas bawang besar
2-3 ulas bawang putih 
2 batang cili merah
10 biji cili padi
Udang 10 ekor (ikutlah berapa2 korang nak letak)
Telur 1 biji
Sos Tiram
Garam secukup rasa

Cara2nya:

1. Bawang besar, bawang putih, cili merah, cili padi ditumbuk halus. (ikut suka korang lah nak blender ke tumbuk ke. tapi i lebih suka yang tumbuk sebab lagi sedap rasanya.. :p)

2. Kemudian, panaskan minyak tumiskan bahan2 yang ditumbuk tadi. Agak2 dah naik bau tu, masuk kan lah sos tiram sket. masuk kan udang dan masuk kan garam.

3. Bila udang dah masak tu, pecahkan telur. kecilkan sikit api supaya bahan yang lain tu tak hangus. :p

4. Agak2 telur tu dah masak sikit, boleh la di gaulkan dengan bahan tadi. kacau dan masuk kan nasi.

5. Gaul sampai rata kesemuanya. lepas tu siap!


Haaa... macam mana korang? senang kan.. kekekeke...agak2 kalau nak cube tu boleh la cuba. yang pasti sedap!

Tu kat atas tu lah contoh nasi goreng udang yang i masak tu. hiks! gigih gitu i buat breakfast pagi tadi. preparation bahan2 tu i buat malam. pagi tadi senang campak2 terus dalam kuali. begitu lah adat orang yang bekerja tapi nak main masak2 jugak. :p 



Love,
Jaja

1 comment:

nor said...

hie jaja..sy dh try resepi nasi goreng tu..tp terhangus lak sket tp xpela next time try lagik..hehe