zikri kalau nampak kenderaan yang ada lampu kat atas macam kereta polis tu..tak kira la ambulan ke, bomba ke or watever la dia akan berbunyi macam ni.. " weenoo...weenoo.." "mummy...tolish..tolish (polis..polis)"
asal nampak lori bawak kontena akan jerit2 "totena! totena!"
sekarang suka tido lambat dan bangun lambat...haishh! mummy pon dah terjebak..
kalau mandi, suka mandi air pancut sambil tangan tu buat cam nak terbang. ahh...susah nak describe macam mana..haha
asal time nak gosok gigi mesti meroyan..nasib la kene gosok juga ok.. hehe
sekarang ni dah pandai pilih baju nak pakai baju ape..tapi mostly dia suka jeans. malam2 pon nak jeans. ikutkan je la...tengah malam tukar la.. hehe :p
oh yek, dia dah tak pelat panggil mummy la...no ammi ammi lagi ok.. :)
aktif terlajak..suka sangat terlompat2 tak tentu hala..asal gembira lebih mesti lompat2. tak paham betul..haha
suka bersiar2 naik motor..
dah pandai mengayuh basikal..
lepas mandi ada cara nak balut badan dia ngan towel tu...balut kan towel tu terus ke badan dia sekali dengan tangan dia..kalau tak buat gitu nanti dia marah...tak paham tul la..
nak suruh dia tido dengan serta merta...katakan saja hari dah hujan...kene tido!
tak pandai tutup botol sendiri kalau dah lepas menyusu...mencik! sikit2 suruh mummy.. >:(
mendapat panggilan sentapatimaknak kerana dia paling kuat merajuk. kalau dah sentap tu, dia akan menjatuhkan diri dia ke lantai...bole gitu. haha :))
suka mengajuk budak2 lain menangis. penah sekali tu dia mengajuk budak nanges kat klinik..isk..sabo jek la..
penggemar katun tegar..katon kegemaran ialah tom & jerry, garfield, upin ipin, spongebob, mr.bean, thomas & friend, timmy time, sekarang ni tiba2 dah upgrade sket kot..tiba2 suka tom tom bak! muahaha...
Love,
Jaja
1 comment:
anak hamba skang baju jer mesti ultraman.. : )
Post a Comment