About Me

My photo
Seorang yg baik hati,suka kaler merah,suka kanak2,kadang2 emosi telebih tp leh control lagi la,tak suka sayur hijau,suka makan oren,suka la ape2 yg bole disuka..kata orang idup hanye sekali..so,kite enjoy!! Eh! sama mcm puteri lak..hihi..

Wednesday, February 15, 2012

korang sambut ke valentine's?

Semalam half day, ada check-up untuk pregnancy. so far so good la..takde apa2 perkara yang luar biasa. baby pon ok jek. masa nurse tu check perut, sempat la i informed dia yang kelmarin i ade terjatuh masa balik kerja. dia pon suggest kat i pergi jumpe doctor dan buat scan. hehehe...as usual, i malas nak gi jumpe doctor. scan tu plak nak pegi tapi semalam i malas. hujung minggu ni la baru gi. insyaallah takde apa2 effect la.

Korang nak tau tak caner i leh terjatuh? haha.. i pon tak pasti kenapa, yang i tau..i baru kuar ofis, dah ar parking jauh so menapak la kan. i jalan macam biasa je. takde la laju pon dan tak mungkin i berlari kan. giler ke apa. tapi tiba2 je i terjatuh. melutut lak tu. hahaha.. kelako pon ye jugak. nasib baik suar palazo i tak koyak. i cedera kat lutut. berdarah siot. sakit sampai la ke harini. masuk kereta terus nanges. kih kih kih...malu la tu sebenarnya. :p

Balik rumah, nasib baik encik suami baik hati nak urut kan kaki. huhu...sakit betul kaki ku masa malam tu. Zikri pulak siap cakap "lain kali mami jalan elok2 yek..." hihihi... pastu buat muka sedih. :p

Semalam pulak, pas balik dari check-up, i follow mama gi shopping kat giant. gagah benar i bejalan dengan perut boyotnya..hehe..pas mama shopping, kitorang gi makan pizza. teruja siot, pizza yang kitorang makan tu bentuk love...sedap lak tu. kenyang betul semalam. hehe.. rupa2nya semalam hari Valentine's. tak pernah sambut pon. tapi kebetulan la pulak makan pizza bentuk love sempena valentine's...hihihi..

Korang sambut ke valentine's? 

1 comment:

Zura said...

ish ish mek ni, suka sgt jatuh tau!!! kalu xjatuh tangga mesti kene ade gak jatuh² nih..